Nak dijadikan cerita, aku baru balik dari trip memancing di Pulau Sembilan, Pangkor, Perak selama dua hari dan satu malam dengan menggunakan tongkang penduduk tempatan Pangkor. Aku berpuas hati pakej tersebut dengan bayaran kurang dari RM300 satu kepala yang mana pakej ini termasuk makan dan khidmat tekong. Pakej kami kali ini seramai 7 orang termasuk tekong dan satu awak. Abang Awie dan Abang Zarul orang penting dalam trip ini. Tongkang juga dilengkapi Sonar untuk memudahkan aktiviti memancing. GARMIN ECHO 300c siries. Sonar ni ada kaler, boleh nampak struktur dan kedalaman laut tapi nak kenal pasti ikan agak susah. Maka, gamble saja.
Tongkang Pulau Pangkor
GARMIN ECHO 300c
Peralatan yang kami gunakan simple saja. Tak ada baitcaster atau set yang super besar. Sebenarnya tak perlu set yang super besar untuk trip yang macam ini kerana jarang sangat ikan yang sangat besar nak makan umpan. Setakat 5-6 kg ikan, guna rod biasa sudah memadai. Aku tengok trip tongkang lain, rod dan reel besar bagak, stok berapa puluh ribu punya saiz entah. Last-last, aku nampak parking kat tepi bot je, tak guna pun. Sebabnya kat Pulau Sembilan, di dasar laut ada banyak batu karang. Kalau lekat atau tersangkut dengan reel yang besar bagak macam tu, memang menyedihkan hati. Boleh down.
Set memancing yang simple
Kami bertolak dalam pukul 10am di sebuah jeti bersebelahan Teluk Batik. Jeti ini agak tersembunyi kerana kita kena melalui jalan kecil sebelah Marina Resort yang berdekatan teluk Batik tu. Lokasinya betul-betul kat penghujung jalan tu. Kat sini ada medan ikan bakar.
Medan Ikan Bakar sekitar jeti melaui Marina Resort, Teluk Batik
Untuk trip ini, kami bawa udang hidup dalam 80 ekor. Abang Awie beli kat kedai Acheh katanya, aku pun tak pasti kat mana.
Port pertama kami untuk memancing ialah port Ikan Talang. Pukul sekitar 11am sampai kat port ni. Tapi laut amat beralun. Susah untuk berdiri dan boleh memeningkan kepala. macam mana nak memancing? hahaha.. cara senang aku sangkutkan udang kemudian turunkan kat dalam laut pastu lepak saja. Kepala aku dah pusing, pening.
Aku gagahkan diri, ambil set jigging dan buat balingan pertama. Aku gunakan jig ini. Flasher 40gm.
Jig Flasher 40gm
Lepas baling, aku biarkan jig ini betul-betul jatuh kedasar dan dihanyutkan air sejauh mungkin. Kemudian aku karau sambil sentap perlahan. Sentapan kedua membuahkan hasil. Satu ragutan yang agak kuat mengejutkan aku. Aku melayan dalam 3-5 minit untuk menaikkan ikan ni. Yeah, Talang sekitar 2kg pertama hasil jigging di Pulau Sembilan. Sebenarnya aku tak pernah jigging pun sebelum ini di mana-mana tempat. heheh..Seronok. Kelebihan jig ini ialah, ianya tak mudah sangkut dengan batu karang. Kemudian aku membuat balingan yang seterusnya tepi tak ada yang sudi dah selepas itu. Balingan yang banyak kali boleh melenguhkan bahu. Maka, set yang ringan amat sesuai untuk aktiviti light jigging ini.
Kemudian kami berpindah tempat, tekong ini amat rajin. Kredit untuk Tekong. Dikawasan berkarang, kerapu laut memang banyak. Jugak ikan karang termasuk Uji Rashid, Cap Ayun dan ikan apa ntah nama pelik-pelik aku tak pernah dengar dan dapat dipancing kitorang dengan menggunakan umpan ikan bilis. Untuk umpan udang hidup pulak, ada la dua kali sentap, tapi tak sempat naik, perambut putus. Dua-dua kes sama. Lepas tu, udang hidup tidak dijamah langsung. Udang tersebut mati sekitar waktu malam. kesian. dah tak ada umpan hidup lagi.
Waktu petang menyaksikan amukan ikan cencaru yang memakan apollo berwarna putih. Warna hijau tak nak makan, Tapi bila letak umpan bilis pada mata kail, makan pulak. Boleh lah.
Waktu malam, ikan tak berapa nak makan. Bot kami yang menyalakan lampu dilawati oleh anak bilis dan sotong katak kecil untuk datang beramah mesra barangkali. Aku tidur je waktu malam. Ikan tak makan. Bosan. Nasib baik aku bawa sleeping bag, syok gila tido dibuai tongkang yang berayun-ayun.
Pukul 5am, aku dikejutkan dengan kawanan alu-alu yang meletup-letup mengejar bilis di sekitar bot kami. Doc Kelae sempat menaikkan seekor alu-alu menggunakan teknik casting. Kecil aja saiznya sebesar lengan baby. Boleh lah untuk suka-suka. Lepas tu aku tido balik. Mengantuk.
Pagi esok hari nya, ikan pun tak berapa sudi dah nak menjamah umpan mati kitorang ni. Aku memang tak konfiden kalau guna umpan mati ni unless kena potong dan bagi nampak isi umpan tu. Dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Pulau Perak( Pulau yang ada rumah api). Aku cuba jigging tapi hanya dikejar oleh beberapa ekor talang junior. Maka aku tukar ke teknik casting menggunakan gewang @ lures yang kecil. Menjadi! kat sini lebih 10 ekor talang junior berjaya dinaikkan kami.
Pulau Perak
Doc Kelate dengan talang junior
Abang Awie menggunakan teknik apung dan umpan bilis turut manaikkan Talang Junior
Aku tukang possing saja.. heheh
Dalam pukul 2pm. Kami sampai ke jetti dan bersedia untuk Pulang. Aku sempat shopping kat Waterfront Lumut. Beli makanan hasil laut untuk isteri dan anak. heheh.. Rasuah supaya next time boleh turun lagi...
Secara purata, aku boleh katakan teknik memancing di Pulau Sembilan ni, kita kena tahu keadaan kawasan tersebut macam mana sebelum menurunkan umpan. Contohnya, sekiranya kawasan berbatu karang, jangan main bottom tapi gantung pada permukaan sebelum karang tu. Untuk kawasan yang clear, bolehlah main bottom. Untuk umpan pula, guna saja apa yang ada. Kalau tak ada nak buat macam mana ye tak.
1 comment:
Masukkan Blog anda ada disini Myrodreel
Post a Comment